MASAKAN ETNIK CHETTY SAMBAL TELUR BELIMBING BULUH

MASAKAN ETNIK CHETTY SAMBAL TELUR BELIMBING BULUH

Sambal telur belimbing buluh sangat mudah disediakan. Hanya menggunakan telur ikan parang, udang kecil, bawang merah, cili merah dan pelbagai lagi. Rasa enak sambal ini mampu membangkitkan selera. Tidak hairanlah ia sering dijadikan sebagai hidangan pembuka selera masyarakat Chetty. 

BAHAN-BAHAN :

Semangkuk telur ikan parang yang telah dihancurkan

Segenggam udang kecil segar dikopek kulit

Semangkuk belimbing buluh yang dipotong

Semangkuk santan

Air

Garam


BAHAN-BAHAN KISAR :

Segenggam cili kering 

3 tangkai cili merah

4 labu bawang merah

2 ulas bawang putih

2 inci kunyit

2 batang serai


CARA MEMASAK

Masukkan telur ikan parang dan udang dalam periuk yang telah dipanaskan.

Masukkan terus bahan-bahan yang telah dikisar.

Campurkan belimbing buluh dan santan sekaligus.

Masukkan air, garam secukup rasa dan kacau sebati sehingga mendidih.

Biar selama 15 minit dan masakan sedia untuk dihidang.


010-3596767

Wenila Nadarajan

14, Kampung Budaya Chitty

Gajah Berang, Melaka

Wen’s Kitchen

169, Jalan Tengkera, Melaka