MASAKAN ETNIK CHETTI HARAM JADAH

MASAKAN ETNIK CHETTI HARAM JADAH

Lauk Haram Jadah atau lauk campur-campur tidak menggunakan sebarang daging sebaliknya digantikan dengan sayur-sayuran sebagai bahan utama. Ia berbeza dengan masakan kari dan dalca kerana tidak menggunakan daun atau rempah kari serta kacang dal sebagai bahan asas. Sebaliknya hanya menggunakan santan kelapa dan air asam jawa untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa manakala udang kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas, buah keras dan belacan Melaka sebagai bahan tumis. Menu tradisi ini masih dipelihara sehingga sekarang dan biasa dihidangkan ketika kenduri, musim perayaan dan hari kebesaran masyarakat India seperti Pesta Ponggal dan Deepavali.

BAHAN-BAHAN :

1 biji lobak putih

1 biji peria

1 biji terung

7 tangkai kacang panjang

Semangkuk air asam jawa

Semangkuk santan cair

Semangkuk santan pekat


BAHAN-BAHAN KISAR DAN TUMISAN :

Segenggam cili kering

3 tangkai cili merah

2 inci kunyit

4 labu bawang merah

1 inci belacan

CARA MEMASAK:

  • Panaskan 1 senduk minyak masak dalam kuali
  • Masukkan bahan kisaran dan tumis sehingga pecah minyak sehingga tumisan berbau harum.
  • Masukkan sayur lobak putih terlebih dahulu untuk cepat empuk.
  • Masukkan air untuk elakkan tumisan hangus.
  • Kemudian masukkan peria, kacang panjang dan terung.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup kuali dalam 3 minit sehingga semua sayur menjadi lembut.
  • Masukkan santan cair dan air asam jawa.
  • Didihkan dan masukkan santan pekat.
  • Kacau sebati dan masakan sedia untuk dihidang.

010-3596767

Wenila Nadarajan

14, Kampung Budaya Chitty

Gajah Berang, Melaka

Wen’s Kitchen

169, Jalan Tengkera,

Melaka