INANG-INANG

Inang-inang adalah sejenis makanan ringan yang
berasal dari Melaka. Dinamakan inang-inang bersempena dengan gelaran mak inang
di istana yang mengasuh anak-anak raja Melaka. Ia diperbuat daripada beras pulut, garam dan
sedikit pewarna. Beras pulut ini akan direndam selma dua hari dan kemudiannya
dikukus selama ½ jam. Semasa mengukus, pewarna akan
dicampurkan untuk menambah tarikan kuih ini. Inang-inang kemudiannya akan
dibentuk menjadi bulat dengan menggunakan acuan dan akan dijemur sehingga
kering.
Jika ingin makan, goreng dengan minyak yang panas.
Kini, kuih inang-inang menjadi pilihan pelancong yang datang berkunjung ke
Melaka. Perusahaan pembuatan inang-inang juga semakin berkembang dan
inang-inang boleh ditemui dengan pelbagai perisa lain antaranya perisa udang,
pulut hitam, bawang putih dan sagu.