ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN: ADAT ISTIADAT KERJAN ATAU MENABAL
Pengenalan/Sejarah/Asal-Usul/Ciri-Ciri
Istiadat Kerjan
atau Menabal adalah upacara wajib bagi mengistihar pelantikan DatoPenghulu Luak
atau DatoLembaga Negeri Sembilan yang baharu.Jawatankuasa Adat Istiadat
Dato-Dato Lembaga yang terdiri daripada Dato Paduka Tuan, Dato Shahbandar,
Buapak dan Soko akan mendapatkan kata sepakat untuk menetapkan tarikh yang
sesuai bagi mengadakan istiadat ini di Balai Penghulu Luka.
Yang perlu hadir
pada hari pengisytiharan tersebut ialah Penyelia Adat Istiadat Istana Besar
Seri Menanti Negeri Sembilan selaku wakil Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan, Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Agama Daerah,
Ketua-Ketua Polis Daerah dan pegawai-pegawai kerajaan selaku wakil kerajaan,
serta anak-anak buah yang dilantik.
Dato Lembaga yang
baharu dimandikan dengan air limau nipis di atas kerusi tiga tingkat sebagai
tanda Dato itu sudah bersih. Kemudian Dato dipakaikan pakaian Melayu dan
didudukkan di atas Tilam Pandak di serambi rumah. Kenduri diadakan secara
gotong-royong dengan sembelihan lembu yang kepalanya dipertonton kepada umum.
Persiapan Istiadat
Persiapan istiadat
meliputi menghias balai seperti berikut:
Kawasan Atas Balai:
Kain-kain hitam dan
putih digantung pada tiang balai di bahagian tengah sudut. Tiang-tiang lain
dililit dengan kain berwarna serta dipasang Tabir Langit dan Tabir Lingkung.
Kain Tabir Lingkung
menutupi keseluruhan serambi. Tabir Langit menghiasi ruangan anjung dan di
pangkal balai. Ruangan anjung juga dipasang dengan Gunung Berangkat, Bantal
Gadang, dan dua buah Tilam Pandak beralaskan Tikar Berompok di kiri dan kanan
bawah tilam.
Kawasan Bawah Balai:
Di hujung halaman
dipasang kesemuanya tiga pasang panji-panji seperti kedudukan berikut: Di kanan
bendera kain putih, di kiri bendera kain hitam, sementara di tengah bendera
hitam putih runcing tajam berserta payung kebesaran.
Di kiri halaman
balai dihiasi senjata tombak berambu, pedang, payung kebesaran, kain hiasan
panjang dipanggil ular-ular, dan panji-panji kebesaran dipanggil tonggol.
Gambar oleh :
Lembaga Muzium Negeri Sembilan