RENDANG PUCUK UBI

Rendang Pucuk Ubi diperbuat daripada pucuk ubi
kayu dan juga bahan-bahan lain seperti daging lembu, daging ayam, atau ikan
bilis, beserta santan, bawang, serai, asam gelugur, garam dan minyak masak
secukupnya.
Untuk menyediakannya, tumis bawang, daging atau ikan bilis dan cili api di dalam kuali kemudian masukkan santan, diikuti serai, asam keping dan garam. Setelah mendidih, masukkan pucuk ubi kayu. Gaul dan kacau hingga santan kering. Pastikan api perlahan agar pucuk ubi kayu tidak melekat di dasar permukaan kuali. Kacau perlahan sehingga pucuk ubi betul-betul kering. Kemudian sedia untuk dihidang.
Sajian ini sesuai dimakan bersama nasi putih, dan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang dengan menggunakan bekas penyimpanan yang kedap udara.