DODOL PENGANAN

DODOL PENGANAN

Penganan, atau lebih dikenali sebagai Dodol, sering menjadi juadah utama pada musim perayaan. Makanan tradisi yang kenyal ini dihasilkan daripada campuran santan kelapa, tepung pulut, gula kabung, dan gula merah atau gula pasir.

Panaskan periuk dengan api perlahan. Masukkan santan dan kacau perlahan secara berterusan. Kemudian masukkan tepung pulut dan kacau. Seterusnya masukkan gula kabung dan gula merah atau gula pasir mengikut citarasa sendiri. Kacau berterusan sehingga pekat dan masak.

Tekstur dodolnya yang lebih kenyal dan aroma yang unik menjadi tarikan kepada sesiapa yang belum pernah mencubanya. 

06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan,  

Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban,  

Negeri Sembilan.