KUIH SOPANG KUKUS

Kuih Sopang diperbuat daripada pisang, tepung
pulut, santan, gula enau, dan garam, dengan inti kelapa parut. Kuih ini
dinamakan sedemikian kerana diambil sempena nama pekan Sepang di Negeri
Sembilan yang disebut “Sopang” dalam loghat tempatan negeri berkenaan.
Bagi cara memasaknya, adunan digaul hingga sebati dengan pisang yang telah dilenyek bersama tepung pulut. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan sedikit garam hingga adunan menjadi pekat serta sebati. Ambil sedikit adunan bulatkan kecil-kecil, kemudian masukkan inti kelapa parut dan bentukkan menjadi bujur. Goreng hingga masak dengan api perlahan agar inti dan kulit kuih masak sepenuhnya.
Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti Kuih Koci atau Badak Berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan juga rasa.
Kuih Sopang kurang diminati dalam kalangan generasi muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya dan perlu membasuh tangan selepas menikmatinya.