KUIH APAM JOHOL

Apam Johol dikatakan berasal dari Johol, Negeri Sembilan kerana terdapat ramai pengusaha dan pembuat makanan tinggal di kawasan ini. Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Apam Daun Rambai kerana ia dibalut menggunakan daun rambai. Terdapat juga beberapa jenis apam yang lain seperti Apam Putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi dan Apam Polkadot.
Kuih
ini biasanya diperbuat daripada tepung beras, ragi, santan dan gula yang
menjadikannya gebu, lembut dan tidak terlalu manis. Ia sesuai dimakan bersama
kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah gulai daging dan kuah durian dan
dicincang bersama rendang atau cili tumis.