CENDOL SAGU RUMBIA

CENDOL SAGU RUMBIA

Cendol Sagu Rumbia adalah minuman manisan daripada tepung sagu rumbia, tepung beras, gula merah, santan dan air secukupnya. Tepung sagu rumbia dicampurkan dengan tepung beras mengikut sukatan, dan dibancuh dengan air kemudian dimasak dan dikacau hingga likat. Selepas itu dimasukkan ke dalam acuan cendol dan dilenyek hingga jatuh ke dalam bekas yang berisi air. Cendol dibasuh dan ditos airnya, dihidang dengan dicampur kuah gula merah dan santan.

 

06-7631149

Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 

Jalan Sungai Ujong,

70200 Seremban, 

Negeri Sembilan.