TEATER TRADISIONAL MENORA

Menora boleh mempunyai banyak erti dan
bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari
(dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari
persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari sama seperti Mak Yong, Mek Mulung,
Jikey dan lain-lain. Drama tari bermaksud suatu persembahan yang merangkumi
drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, Menora juga banyak dipengaruhi oleh
elemen Buddha. Ini adalah kerana Menora merupakan salah satu persembahan di
kuil-kuil Buddha. Persembahan Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan
untuk keagamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual,
perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan Menora ini, ada
pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari
seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh
pelakonnya yang dinamakan 'Peran'. Gabungan Anak-Anak Siam Kelantan yang
berhijrah ke Kuala Lumpur mendominasi aktiviti seni budaya di Segitiga Emas KL dengan pelbagai acara kesenian seperti Menora.