TARIAN-TARIAN CINA

TARIAN-TARIAN CINA

Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China.

Di Malaysia, kebudayaan dan kesenian kaum Cina telah berkembang tanpa sebarang sekatan terutama dari segi seni persembahan. Pelbagai genre kesenian terdapat di Malaysia masih dikekalkan oleh kaum Cina. Tarian-tarian tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Cina, malah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Umpamanya, Tarian Singa dan Tarian Naga sentiasa mendapat permintaan tinggi sekiranya ada program-program yang berkaitan terutama ketika musim perayaan. Selain 2 tarian itu, kaum Cina di Malaysia juga telah mempopularkan tarian-tarian rakyat seperti Tarian Kipas, Tarian Sapu Tangan, Tarian Tanglung, Tarian Teratai dan Tarian Riben.

Professional Culture Center

Professional Culture Center
Kompleks Maluri,

Taman Maluri 55100 Cheras,

Kuala Lumpur.
Telefon : 03-92855807 (Chan Khan Chien)