TARIAN TRADISIONAL MELAYU

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu adalah kaum yang paling utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di Tanah Melayu sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Terdapat banyak tarian Melayu; dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi (tarian Melayu dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei) dari negara-negara lain (seperti India dan Arab) tetapi telah diadaptasikan ke dalam budaya Melayu. Tarian tradisional Melayu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tarian Istana, Dramatari, Tarian Moden dan Tarian Rakyat.

 Antara kumpulan kesenian NGO yang pernah aktif adalah Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari, PPR Raya Permai Sungai Besi, KL yang ditubuhkan pada April 2009. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menghidupkan aktiviti seni budaya dalam kalangan masyarakat di ibu negara. Kelab ini membuat persembahan di majlis rasmi anjuran badan-badan kerajaan atau NGO, majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari

Kelab Kebudayaan Seni Tari Mayang Sari,
PPR Raya Permai Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tel : 017-322 9945 (Puan Suziana Ahmad Noraini)