TARIAN LABI-LABI

Tarian
Labi-Labi merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini asalnya
daripada Endau, Rompin, Pahang yang ditarikan oleh seorang penari sambil
diiringi oleh biola dan gong. Tarian komedi ini ditarikan oleh lelaki sahaja
namun kini ada kaum wanita yang menarikannya untuk menambah seri lenggok
tarinya. Asasnya seorang penari akan keluar dari sarangnya seperti gerak
labi-labi untuk mendapatkan pisang yang dilemparkan oleh penari-penari lain.
Alatan muzik lain yang digunakan ialah gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan
serunai. Walaupun popular di Rompin dan Pekan, namun tarian ini juga agak
popular di Kuala Lumpur kerana adanya anak-anak seni dari Pahang yang berhijrah untuk
menjana ekonomi keluarga. Oleh itu tarian ini berkembang secara setempat yang pernah dipersembahkan di sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.