KOMPANG

Dipercayai
berasal dari Timur Tengah berdasarkan lirik lagu yang dimainkan dalam bahasa
Arab, seperti memuji Rasulullah SAW. Permainan kompang dibawa masuk oleh
pedagang Arab yang datang berdagang di Nusantara. Ia digunakan untuk menarik
perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi
ikutan masyarakat tempatan seterusnya berkembang hingga kini. Bertujuan untuk
memeriahkan sesuatu upacara seperti nyanyian solo atau berkumpulan (nasyid,
marhaban). Mengarak pengantin, berkhatam Quran dan upacara rasmi melibatkan
tetamu-tetamu kehormat. Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin.
Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan
arahan atau perlakuan tertentu.