PERGENDANGAN CINA

Pergendangan
Cina pula biasa digunakan untuk majlis-majlis rasmi, menyambut perayaan,
perkahwinan, adat istiadat budaya kaum Cina dan lain-lain.Gendang (bahasa Jawa:
Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang)
ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau,
kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga
genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari-menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Di-Raja.
Bagi masyarakat Cina, muzik pergendangan biasa dimainkan ketika upacara perayaan dan sambutan festival serta persembahan kebudayaan. Dikenali sebagai Gendang 24 Musim, muzik pergendangan Cina, biasanya mengiringi persembahan tarian singa atau tarian naga.