ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KELAHIRAN: TANGGAL TALI PUSAT

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KELAHIRAN: TANGGAL TALI PUSAT

Biasanya tali pusat akan tanggal dalam tempoh seminggu selepas bayi dilahirkan. Tali pusat yang sudah tanggal ini dibungkus dengan kain putih bersama sebiji atau tiga biji lada hitam dan digantung di atas api, bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi. Jika bayi itu sakit tali pusat tadi direndam di dalam air dan airnya diberi minum pada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak tali pusat tadi diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat itu hilang bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa kelak kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada adik-beradiknya.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

 Telefon        :   03- 5543 1654