ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MAH MERI KELAHIRAN: SELEPAS BAYI DILAHIRKAN

Setelah bayi lahir tali pusatnya dipotong menggunakan serpih buluh yang tajam dan bayi dimandikan dengan air suam. Uri bayi dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas dan kemenyan, kemudian ditanam berdekatan rumah dalam lubang sedalam satu kaki. Selama tujuh hari lampu dipasang di tempat uri ditanam. Masyarakat Mah Meri menganggap uri sebagai abang atau kakak kepada bayi dan justeru hendaklah ditanam dengan sempurna.