ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: PERKAHWINAN - MERISIK

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: PERKAHWINAN - MERISIK

PERINGKAT MERISIK

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga.

Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara kedua belah keluarga.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon        :   03- 5543 1654