ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: PERKAHWINAN - MEMINANG

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA: PERKAHWINAN - MEMINANG

PERINGKAT MEMINANG

Setelah pihak lelaki berpuas hati dengan latar belakang keluarga pihak perempuan, dan begitu juga sebaliknya, maka adat meminang akan dijalankan. Wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah pihak perempuan.

Segala ketetapan yang telah dipersetujui diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki yang akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan pihak perempuan. Adat bertunang akan dijalankan setelah si lelaki dan si gadis saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin.

JKKN Selangor

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Tingkat 6, Menara Korporat,

Kompleks IDCC Shah Alam,

Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15

40200 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon        :   03- 5543 1654