AYAM NASI INGKUNG

AYAM NASI INGKUNG

'Ingkung' bermaksud penyerahan diri kepada Tuhan dan lambang kesucian seperti seorang bayi yang masih suci tanpa sebarang dosa. Justeru, makanan tradisional masyarakat Jawa di Selangor ini, yang asasnya nasi putih, biasanya dihidangkan semasa upacara keagamaan. Nasi putih ini dihidangkan bersama dengan sajian khas yang berasaskan ayam kampung, santan, serai, gula merah, daun limau purut, lengkuas, ketumbar, bawang putih, bawang merah serta garam secukup rasa.

Untuk menyediakan sajian khas ayam ini kisar kesemua bahan kecuali ayam, serai, daun limau purut dan santan, masukkan ke dalam periuk, masak dengan api perlahan dan kacau sehingga naik wangi. Bila telah pecah minyak masukkan santan, serai, daun limau purut dan garam secukup rasa. Setelah adunan sebati masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Hirisan timun, tomato dan cili boleh dijadikan bahan pelengkap sajian ini.

JKKN SELANGOR

Lot 22.2 Tingkat 22, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel ; 03-5510 2664 Fax : 03-5510 2839