LAKSA SARANG

LAKSA SARANG

Laksa Sarang adalah sajian tradisi yang terkenal di Bandar Botani, Ipoh, Perak. Masakan ini tidak banyak beza dengan laksa dari negeri lain, namun yang uniknya ialah terdapat seperti 'sarang' yang dibuat daripada telur goreng di letak di atas laksa.

Bahan-bahan untuk membuat 'sarang' ini ialah ialah telur, tepung jagung dan garam. Bahan utama kuah laksa ialah isi ikan, asam keping, bawang besar, bawang kecil, belacan, cili giling, daun kesum, bunga kantan, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Limau kasturi, cili api, timun dan salad dimasukkan kemudian untuk menambah keenakan sajian ini.

Tel : 05-253 7001 Fax : 05-241 7017

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Kompleks JKKN Perak,
Lot 20561@20565,
Jalan Carlwell, Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh Perak Darul RIidzuan.