PERMAINAN TUNDUK-TUNDUK LAPANG

Permainan Tunduk-tunduk Lapang yang
bermaksud hampar-hampar pisang dalam bahasa Melayu merupakan permainan
tradisional etnik Dusun Labuk di daerah Sandakan, Sabah.
Permainan ini dimainkan antara lima
(5) hingga enam (6) orang pemain. Permainan diiringi nyanyian lagu rakyat
masyarakat Dusun Labuk sambil menyentuh jari pemain lain sehingga nyanyian tamat.
Jari yang terakhir disentuh akan dibengkokkan. Permainan akan diulang sehingga
terdapat pemain yang kesemua jarinya dibengkokkan. Permain tersebut akan dikira
kalah dan perlu didenda dengan memakan lada atau cili.
Lirik lagu rakyat yang dinyanyikan
adalah seperti berikut:
Tunduk-tunduk lapang ka
Lapang di Sagigiou ka
Koliwada di yondou ka
Pokolada-pokolada
Tomusai tomusai
Hampar-hampar pisang
Pisang di belum masak
Masak sebiji
Diurang beli beli
Chupeli chup patah kayu bingkuk