PERMAINAN LIAW - MASYARAKAT BIDAYUH SARAWAK

Dahulu, permainan Liaw oleh
masyarakat Bidayuh Singai di Sarawak dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi
masa lapang. Permainan ini menggunakan penutup botol yang telah diketuk di tepi
dan dijadikan seperti syiling. Selain itu, terdapat satu penutup botol yang
lebih besar digunakan sebagai kepala untuk membaling.
Permainan ini dimainkan secara
berkumpulan melibatkan 3 hingga 5 orang bergantung kepada kesesuaian kawasan
dan juga pemain itu sendiri. Bagi memulakan permainan, bentuk segi empat
dilukiskan di atas tanah dan saiznya bergantung kepada kehendak pemain. Satu
garisan lurus dilukis berdekatan segi empat tersebut sebagai penanda tempat
pemain–pemain berdiri untuk melempar penutup botol masing-masing ke dalam segi
empat tersebut. Pemenang akan ditentukan pada penghujung permainan apabila
semua orang bersetuju untuk menamatkan permainan. Pemenang dipilih berdasarkan
pemain yang mempunyai penutup botol terbanyak di tangan.