Tuan Haji Kamaruddin Haji Hameed @ Haji Din -Tokoh Seni Daerah Kuala Nerus

Tuan Haji Kamaruddin Haji Hameed @ Haji Din -Tokoh Seni Daerah Kuala Nerus

Tuan Haji Kamaruddin Haji Hameed @ Haji Din dilahirkan pada 25 Februari 1961 dalam sebuah keluarga seni dimana ayahandanya seorang tukang urut dan seorang penarik gembang (Tok Selampit) tersohor di Terengganu sekitar tahun 1970-an.

Beliau juga mempunyai Sijil Kemahiran Kraftangan Malaysia serta Sijil JSBN (Gasing) dari JKKN. Beliau berpengalaman serta terlibat dalam kesenian marhaban kurang lebih 20 tahun dan menyertai pelbagai pertandingan samada di peringkat daerah dan negeri.

Beliau pengalaman bermain gasing leper dan  pangkah kurang lebih 10 tahun serta pernah menjadi pengukir kayu dan membuat peralatan perabot.

Beliau pernah memenangi Pertandingan Marhaban Peringkat Daerah serta menyertai pelbagai pertandingan peringkat negeri.

Beliau juga pernah mengikuti Kursus JSBN (Gasing Pangkah) Tahap Satu dan menjadi tenaga pengajar di peringkat komuniti. Beliau pernah serta menjadi sebahagian Pemimpin Komuniti Setempat (Pengerusi J3K, Pengerusi PDM, Ahli Jawatankuasa Imam Bilal Negeri Terengganu serta  Pengerusi Agama Dun Batu Rakit)

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Nerus, Terengganu (PEKANT) serta kini Sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Selampit Seni Negeri Terengganu (SELAMPIT).

Sebagai penghargaan dalam bidang kesenian, beliau pernah Diiktiraf Sebagai Tokoh Seni Daerah Kuala Nerus 2016 serta Tokoh Seni Daerah Kuala Nerus 2022.

010-2038596

A39 RAKR Mengabang Lekor,

Batu Rakit 21020

Kuala Nerus

TERENGGANU