DODOL KUKUS

Sebut sahaja Dodol, pastinya ramai yang menggemarinya.
Namun di Pahang terutama di daerah Chenor, kuih Dodol Kukus ini sedikit berbeza
dan amat terkenal serta disukai ramai.
Kuih ini amat popular dan menjadi juadah ketika bersarapan pagi, minum
petang dan ketika berbuka puasa kerana amat ringkas dan mudah untuk
membuatnya. Bahan utama untuk membuat
kuih ini adalah tepung pulut dan gula merah.
Kuih ini mirip seperti dodol biasa, tetapi yang membezakan ialah cara
memasaknya. Ia dimasak menggunakan cara kukus dan tidaklah dikacau seperti dodol
biasa. Apabila masak, ia akan menjadi liat seperti dodol dan rasanya juga sedap.
Di atas kuih ini akan diletakkan tahi minyak bagi menambahkan lagi selera
kepada pengemar kuih-kuih tradisi. Kuih
ini boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh (setiap hari Ahad) dan Pekan Sehari
Chenor (setiap hari Khamis).
RESEPI
Bahan-Bahan :
100 gm tepung pulut hitam
250 gm tepung pulut putih
200 gm gula halus
Tahi minyak secukupnya
5ml minyak masak
Daun pisang / sebagai alas
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Campurkan
tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata
2. Kemudian
masukkan gula dan santan, kacau rata
3. Tambahkan
garam secukup rasa dan kacau rata lagi
4. Sediakan
Loyang dan sapukan minyak
5. Letakkan
daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang
6. Kukus
sehingga masak
7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan terus
dihidang.