TAU FU FAH

Tau Fu Fah juga disebut sebagai ‘doufuhua’ dan
juga ‘douhua’ yang merupakan hidangan yang diperbuat daripada tauhu yang sangat
lembut. Tauhu dikatakan berasal daripada negara China, semasa zaman purba di
waktu pemerintahan Dinasti Han. Orang-orang China telah membangunkan dan
memperkayakan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa mereka sendiri.
Antaranya adalah seperti tauhu mapo, tauhu busuk, tauhu jeruk, tauhu kubus, dan
puding tauhu. Di Malaysia, tau fu fah dimakan bersama air gula putih atan gula
merah sebagai manisan, malah enak dimakan sejuk atau panas.