Rashidi bin Abdul Kharis

Rashidi
bin Abdul Kharis merupakan tokoh teater negeri Perak. Dilahirkan tahun 1963 di
Ipoh. Mula bergiat dalam bidang teater dari tahun 1984.sering mengikuti bengkel
teater sekitar tahun 80 - 90an yang dianjurkan jabatan kebudayaan negeri dan
kebangsaan.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang teater, pelbagai pencapaian telah diterima antaranya menerima anugerah Pengarah Terbaik sempena Pekan Teater Negeri Perak (1994), Pelakon Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak (1998), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak (2002) dan Pelakong Lelaki Terbaik Festival Teater Negeri Perak (2013). Johan Ketawa sempena Hari Bandaraya Ipoh tahun 1994.
Beliau merupakan Pengerusi Badan Budaya Perak dari 2010- 2115. Beliau juga diberi peranan menggalas tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Teater Perak 2010-2015, Naib Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak 2008-2013, jurulatih teater Badan Budaya Perak 1990-2015, pengetua dan tenaga pengajar Akademi Teater Perak 2010-2015. Selain itu, beliau juga sering diundang menjadi panel juri dan sumber rujukan seni teater di sekolah-sekolah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Perak.
Figura ini juga merupakan ahli seumur hidup Badan Budaya Perak sejak 14 Mei 1984. Beliau juga merupakan salah seorang Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dalam bidang teater.
Hasil sumbangan beliau dalam teater negeri Perak, Rashidi bin Abdul Kharis telah menerima Anugerah Apresiasi Penggiat Seni Negeri Perak (2013) bagi kategori Anugerah Pendukung Seni kepada Badan Budaya Perak yang pertama, dan Anugerah Karyawan Seni Budaya Negeri Perak 2016 daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.