Tuan Haji Mohamed Basir @ Basni Bin Ngah Mat Ali

Tuan
Haji Mohamed Basir @ Basni Bin Ngah Mat Ali (PJK, PPT) merupakan tokoh busana
tradisional negeri Perak. Anak jati Perak kelahiran Kuala Kangsar ini lebih
mesra dengan panggilan ‘Chor’. dilahirkan pada 10 September 1941 di Kuala
Kangsar.
Beliau mendapat tunjuk ajar mengenai cara mengikat tanjak Perak daripada Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Shah II dan Raja Ismail Iskandar (adinda Sultan Idris). Selain itu beliau juga seorang penggaya busana Perak dan antara olahan beliau ialah busana ‘Zarith Gangga’ yang merupakan busana perkahwinan puteri diraja Perak.
Selain itu, figura ini juga pernah diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Pelayang Malaysia dari tahun 1995- 2020 dan turut diberikan kepercayaan menjadi salah seorang hakim Wau Kebangsaan 2019. Beliau juga merupakan pengolah lagu Lotah, Dabus dan Wan Lebor bersama Pak Chat. Beliau telah meninggal dunia pada 30 Oktober 2020 akibat Orthostatic Pneumonia di Hospital Permaisuri Bainon Ipoh
Perkembangan Kerjaya:
• 1963: Mac – menyertai kursus awalan di Pusat Latihan Belia, Morib, Selangor dalam bidang seni lakon dan tari. Kursus ini dikelolakan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat. Dalam kursus berkenaan, beliau terpilih sebagai penari untuk membuat persembahan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada bulan Ogos 1963.
• 1964: Menyertai persembahan bersama DBP di beberapa negeri utara semenanjung seperti di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis serta Selangor. Persembahan diakhiri di Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Kebangsaan.
• 1964: Terpilih menyertai kursus seni lakon dan tari tertinggi di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang pertama kali ditubuhkan dan YTM Tunku Abdul Rahman. Lagu ‘ Belia Negara’ kali pertama didendangkan dan dinyanyikan oleh beliau.
• 1965: Menyertai lawatan persembahan di Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menghiburkan para perajurit di sempadan negara.
• 1966: Menjadi jurulatih seni tari di Bertak, Kuala Kubu Baru dan Pusat Latihan Belia Negara dalam bidang muzik dan nyanyian.
• 1976: Mengikuti kursus seni tari dan muzik Jawa bersama (Allahyarham) Dato’ Zulkafli Zain di Denpasar, Bali selama satu setengah tahun.
• 1997 – 2009: Berkhidmat di Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak sebagai Pembantu Pengurus Kumpulan Selendang Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi pengurus kumpulan.
• Tokoh ini telah meninggal dunia pada
30 Oktober 2020.