TOSAI

Tosai, adalah makanan tradisi kaum India. Nama 'tosai', tetapi ada juga
yang menggelarnya dosa, dosai, dosay, dose, dhosha, thosai atau juga chakuli.
Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai telur, tosai cili, tosai
bawang, tosai rawa, tosai ghee dan sebagainya. Makanan ini sering dinikmati
hampir kesemua rakyat Malaysia terutamanya kaum India tetapi tetap digemari oleh kaum Melayu dan Cina. Ia boleh didapati di
restoran Mamak (halal) dan juga restoran India.