PASEMBOR

Pasembor atau Pasembur, juga dikenali dengan panggilan Salad India Malaysia. Hidangan ini adalah rojak terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah dan sotong goreng, dihidang bersama kuah kacang yang manis dan berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Sajian ini biasanya dimakan di waktu petang sebagai makanan lazim sayuran jika tidak dicampur dengan makanan laut.
Secara tradisional, penjaja rojak yang terdiri daripada kaum Tamil beragama Islam menjadikan motosikal sebagai gerai kaunter penyediaan dan penjualan hidangan ini. Penjaja sekarang bergerak menggunakan lori kecil.