PUTU MAYAM

PUTU MAYAM

Putu mayam antara makanan tradisional kaum India yang mendapat sambutan mengalakkan dari semua bangsa dan tidak mengira umur. Kuih ini diperbuat dari tepung beras atau tepung "idiyappam" bersama air ataupun santan. Untuk menghasilkan putu mayam, ia akan dibentuk menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ditekan bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus. Putu mayam dimakan bersama kelapa parut, gula perang ataupun gula Melaka dan juga gula pasir. Hidangan ini biasanya boleh dijual di kaki – kaki lima sebagai makanan jalanan dan juga boleh didapati di pasar – pasar malam tempatan. Ia sesuai dijadikan sarapan pagi dan juga minum petang.

016-9191447

PUTU MAYAM STEEL RIVER

Jalan Ikan Emas, Taman Ikan Emas, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

56000 Kuala Lumpur