KUIH BULAN

Kuih Bulan biasanya boleh didapati menjelang
musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa
yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga
segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan
lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya.
Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam,
benih labu dan biji tembikai. Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan
dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos
tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati
sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.
Kini, kuih ini terdapat juga dalam versi halal terutamanya yang dihasilkan oleh orang Cina muslim.