Halwa Maskat Pulau Pinang

Halwa Maskat Pulau Pinang


Halwa Maskat merupakan sejenis kuih atau manisan tradisi yang diperbuat dari adunan tepung gandum, minyak sapi dan gula sebagai bahan asas utama pembuatan. Manisan ini dikatakan sering dijadikan sebagai hidangan istimewa di bulan Ramadan dan musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri. Pembuatan Halwa Maskat mengambil masa yang agak lama dan beberapa kaedah serta teknik yang teliti diperlukan untuk menjadikan manisan ini terhasil dengan berkualiti tinggi. Halwa Maskat memiliki rasa yang agak manis dan berlemak, hasil dari gula dan minyak sapi yang digunakan dalam resepi manisan ini. Tepung gandum yang digunakan perlu diuli terlebih dahulu dan ‘dibasuh’ atau ‘dicuci’ untuk membuang getah atau dalam bahasa saintifiknya ‘gluten’. Proses membasuh tepung ini, adalah bertujuan untuk menghasilkan kanji tepung, selain daripada membuang getah tepung. Seterusnya air tepung yang dibasuh tadi akan diperap dan airnya perlu ditukar setiap 6 jam selama 3 hari sehingga mendapat air yang benar-benar jernih dan  mendapan kanji tepung yang putih bersih. 


0192482258

Halwa Maskat Utara

Email : halwamaskatutara@gmail.com

WhatsApps : halwamaskatutara.wasap.my

Halwa Maskat Utara Page