VADAI

Vadai merupakan
sejenis makanan tradisional bergoreng kaum India. Vadai mempunyai dua versi iaitu
"paruppu vadai" dan "ulunthu vadai". "Paruppu
vadai" biasanya diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun
kari, serta bawang merah. "Ulunthu vadai" pula diperbuat daripada
tepung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah. "Ulunthu
vadai" biasanya dimakan sekali dengan "chutney". Vadai perlu
digoreng dengan minyak yang banyak. Kedua – dua vadai ini begitu enak dimakan
semasa minum petang.