NASI KANDAR

Nasi Kandar sangat popular di utara Semenanjung Malaysia khususnya Pulau Pinang, namun kini digemari oleh masyarakat Malaysia di seluruh negara. Istilah Nasi Kandar dikatakan berasal daripada perbuatan penjaja makanan ini yang mengandar atau menjinjing bakul yang berisi makanan dengan menggunakan kayu.
Nasi ini dilengkapi dengan aneka juadah seperti daging lembu, ayam goreng, limpa kari, telur ikan, udang atau sotong goreng, dimakan bersama sayur-sayuran seperti terung, bendi atau peria.