LAKSA PENANG

Laksa Penang atau Laksa Pulau Pinang adalah makanan mi berkuah dan dikatakan berasal daripada makanan masyarakat Cina yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Sajian ini adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada di dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia.
Bahan-bahan asas adalah sama seperti laksa negeri lain di Malaysia. Uniknya, Laksa Penang menggunakan mi yang diperbuat daripada tepung gandum. Untuk menambah rasanya petis atau pati otak udang dicampur sebagai perisa tambahan.