CHAR KUEW TIAW

Char Kuew Teow
diperbuat daripada sejenis mi dipanggil kuey teow yang berbentuk leper dan
kira-kira 1 sentimeter lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos,
cili, udang, kerang, telur, tauge dan sayur kucai Cina. Kadangkala hirisan
sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain yang sesuai ditambah mengikut
citarasa setempat.
Semasa masakan ini dicipta sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular dalam kalangan mereka sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Terdapat pelbagai versi sajian ini. Antaranya, mencampurkan telur itik untuk memperkayakan rasanya atau isi ketam untuk menambahkan rasa manis dalam hidangan ini.