PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA - YOYO

Yo-yo
Cina ialah permainan tradisional dari negara China yang mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo Cina akan
sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain
akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi.
Alat permainan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, di mana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetengah Yo-yo Cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Tahap nada bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
Untuk zaman moden ini, permainan ini juga dikenali sebagai Diabolo, cakera kayu telah digantikan dengan bahan plastik dan dapat diperhatikan kadangkala permainan ini dimainkan dalam kalangan generasi muda.