PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA - KABADDI

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA - KABADDI

Secara ringkasnya, permainan tradisional Kabaddi adalah permainan tradisional bagi kaum India yang berasal daripada bahagian India Selatan. Satu pasukan biasanya mempunyai 7 hingga 12 orang pemain untuk beraksi di dalam gelanggang yang telah ditandakan dalam ruang sisi empat. Permainan ini biasanya akan mengambil masa 20 minit untuk setiap pusingan perlawanan. Cara bermain permainan ini adalah dengan, pasukan lawan akan menghantar seorang penyerang untuk menyentuh salah seorang ahli pasukan lawan. Jika dapat disentuh, pemain tersebut akan kalah dan dikeluarkan dari gelanggang di padang.

Pemain serangan ini akan cuba berlari melepasi garisan tengah dan cuba menyentuh pemain lawan. Selepas menyentuh seberapa banyak pemain lawan yang mereka mampu, mereka akan berlari semula ke kawasan sendiri.

Pemain yang menyerang boleh menyentuh pihak lawan dengan menggunakan tangan, kaki dan juga beberapa cara lain.

Pemain pertahanan akan cuba menangkap mereka dan memastikan pemain serangan ini tadi tidak mampu menyentuh garisan tengah. Pemain yang menyerang haruslah berterusan menyebut kabaddi, kabbadi, kabaddi!.

Pasukan yang menyerang dan bertahan akan bergilir-gilir sehinggalah 20 minit pertama tamat. 5 minit rehat dan 20 minit lagi untuk separuh masa kedua.

Separuh masa kedua, 2 pasukan bertarung akan bertukar kawasan. Pasukan yang mengumpul paling banyak mata adalah pemenang.

Permainan ini mirip dengan permainan Galah Panjang atau Toi bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia.

JKKN HQ

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.

Telefon :  03-2614 8200

atau ;

Persatuan Kabaddi Malaysia

Room 2, 1st Floor,

Wisma OCM, Jalan Hang Jebat,

Kuala Lumpur, Malaysia

Tel :03-2070 8587