WADAI KIPENG (PENCUCI MULUT)

Wadai Kipeng atau dengan sebutan lain oleh masyarakat Banjar Suku Alai di negeri Johor iaitu Gayam adalah sejenis masakan tradisional Banjar yang mempunyai sedikit persaman dengan menu pencuci mulut seperti Puteri Mandi dan Bubur Candil. Wadai Kipeng/Gayam ini diperbuat daripada tepung pulut yang digaul dengan air garam dan kapur kemudiannya diuli menjadi bebola kecil.