ENCIK ZAKARIA BIN HASHIM

ENCIK ZAKARIA BIN HASHIM

Zakaria bin Hashim atau juga dikenali sebagai Zakaria Al-Singkiri dilahirkan di Kampung Singkir, Bedong, Kedah, pada 24 Oktober 1947. Beliau merupakan penggiat seni muzik tradisional Ghazal Party.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Singkir sehingga Darjah 6 dan Darjah 4 bagi kelas agama di sekolah yang sama. Tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya kerana faktor kesempitan hidup pada waktu itu dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Beliau telah menunjukkan minat terhadap seni muzik sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau telah dikurniakan lima (5) orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri iaitu Wan Chik binti Abdul Kadir.

Sepanjang penglibatan beliau dalam kesenian tradisional Ghazal Party sejak tahun 1960-an sehingga hari ini, beliau telah terlibat lebih 500 persembahan di dalam pelbagai acara dan majlis.

Antara kegiatan dan sumbangan beliau adalah:

i.    Persembahan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan pada tahun 2015 sempena Panggung Seni Tradisional 2015 anjuran JKKN dan  Petronas

ii.   Jurulatih di Program Perantisan Ghazal Party, 2018; anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pulau Pinang

iii.   Jurulatih muzik di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas kepada Kumpulan Seni dan Budaya Ghazal Party Cilik Pulau Pinang, 2018

iv.   Persembahan di Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Peyampaian Watikah, 2018; anjuran Pertubuhan Kebajikan Persahabatan Insan (SAHABAT)

v.    Persembahan di Hari Kemuncak Ko-kurikulum, 2018; anjuran Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.

vi.  Persembahan di Festival Antarabangsa Masyarakat Peranakan sempena Program Indonesia-MaIaysia- Thailand Growth Triangle dan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka, 2019; anjuran Kementerian Pelancongan, Seni Budaya Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

vii.  Pernah meraikan serta membuat persembahan di hadapan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di Majlis Makan Malam di Westin Hotel Langkawi pada 13 Oktober 2019 anjuran Yayasan Hasanah Malaysia.

JKKN Kedah - 04-731 5930

No. F134, 

Kampung Singkir Kedai Keling, 

08110 Bedong,

Kedah