SAIPOL BAHARI MOHD IMAN

Saipol
Bahari Mohd Iman merupakan aktivis teater kelahiran Alor Setar, Kedah. Beliau
mula melibatkan diri dalam bidang seni seawal umur 7 tahun dan mula berjinak di
dalam bidang teater pada tahun 1998 menerusi penubuhan Persatuan Penggerak
Warisan Seni Budaya Kedah (AKRAB) sehingga kini.
AKRAB mula ditubuhkan pada 1998, sah
didaftarkan dengan ROS pada tahun 2021. Persatuan ini aktif dalam aktiviti
teater moden/ tradisional/ muzik/ drama/ filem dan pengurusan persembahan.
Antara pencapaian terbaik beliau dan AKRAB sepanjang bidang seni beliau adalah
Juara Festival Teater pada tahun 1998/ 2021/ 2022/ 2003/ 2004/ 2007/ 2009/ 2011/
2015. Persatuan ini juga pernah menjuari Festival Teater Malaysia pada tahun 2001
dan 2012.
Sepanjang
penglibatan, beliau pernah dianugerahkan sebagai pengarah terbaik festival
teater negeri dan kebangsaan menerusi Festival Teater Malaysia 2012 melalui
naskah Pelantaq, Johan Festival Teater Malaysia tahun 2001 dengan naskah
'Monolog'.
Selain
itu, beliau juga telah diberikan kepercayaan mengarahkan teater tradisional Mek
Mulung Putera Cahaya Bulan yang pertama kalinya dipentaskan di Istana Budaya
pada 28 Februari dan 1 Mac 2015. Pada tahun 2017, beliau turut terlibat dalam
Panggung Seni Tradisional: Teater Tradisional Mek Mulung Raja Naga Berapi.
Beliau
juga berbakat dalam penghasil skrip teater antaranya adalah Pelantaq, Putera
Cahaya Bulan (Mek Mulung) dan Naga Berapi (Jikey).