PULUT KACAU

Pulut
Kacau juga dikenali dengan nama Nasi Manis atau Wajik. Ia diperbuat daripada
pulut yang dimasak dengan manisan yang pada asasnya ialah nira kelapa.
Terdapat pelbagai cara penyediaan sajian ini. Cara yang paling biasa ialah pulut dimasak sama ada sehingga lembut, atau separuh masak (dipanggil 'jelatah') yang menghasilkan bunyi kerutup apabila dimakan. Bagaimanapun, cara penyediaan hingga separuh masak jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan bunyi kerutup ini dan, justru, menganggap pulut ini agak keras.