PEK NGA

PEK NGA

Pek Nga atau Lempeng Kelapa dimakan bersama dengan kari ikan kembung atau pulut kelapa ikan kering. Bahan asas sajian ini adalah tepung gandum, kelapa parut, gula pasir, mentega, garam dan air secukupnya.

Campurkan semua bahan dan perap selama 10 minit agar kelapa parut sebati dengan tepung. Panaskan kuali dan oleskan sedikit minyak. (Sesetengah kawasan menggunakan alat pemanggang khas dan tidak menggunakan minyak). Ambil satu senduk adunan dan ratakan pada kuali. Terbalikkan apabila sebelah pek nga telah garing. Pastikan kedua-dua belah pek nga masak dan garing sebelum mengangkatnya dari kuali.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128