Festival Odou Bakanjar

Pesta Odou Bakanjar adalah pesta yang telah diusahakan oleh Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) bagai mewujudkan satu sambutan atau pesta bagi mengumpulkan semua etnik Dusun Tatana yang pada masa kini mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama. Pesta ini biasanya diadakan ketika hari-hari peryaan seperti ketika sambutan tahun Tahun Baru Cina kerana pada masa ini kebanyakkan keluarga etnik Dusun Tatana ramai yang balik kampung bercuti dan berkumpul ramai-ramai. Pelbagai aktiviti akan dijalankan ketika sambutan pesta ini yang mana ianya banyak memaparkan atau menonjolkan keunikan kebudayaan etnik Dusun Tatana seperti dari segi makanan, minuman, tarian dan lain-lain lagi.
Antara tujuan utama Pesta Odou Bakanjar ini diperkenalkan adalah:
- Mengeratkan hubungan etnik Dusun Tatana dengan etnik lain.
- Memelihara budaya Dusun Tatana.
- Agar generasi muda Dusun Tatana kenali kebudayaan mereka.
- Agar etnik Dusun Tatana lebih dikenali masyarakat.
- Jadikan budaya Dusun Tatana aset pelancongan negara.
Tempat Pelaksanaan : Kuala Penyu, Sabah