Pesta Kalimaran

Pesta Kalimaran

Pesta Kalimaran merupakan Pesta Kebudayaan bagi sukuk aum Murut di negeri Sabah. Pesta ini biasanya disambut di antara tarikh 31 Mac – 1 April setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut Tenom, Sabah.

Pesta Kalimaran merupakan pesta yang memaparkan tentang kebudayaan suku kaum Murut dari pelbagai aspek seni dan budaya. Pesta Kalimaran merupakan perayaan budaya tahunan masyarakat Murut. Perayaan ini meraikan keunikan seni dan budaya kaum Murut, kumpulan etnik asal ketiga terbesar di Sabah. Legenda mengatakan bahawa kraftangan tempatan suku Murut mempunyai kaitan dengan satu peristiwa yang penting iaitu pengorbanan seorang gadis Murut bernama Ralaa, yang mengorbankan dirinya sebagai ganti hasil tuaian yang banyak untuk hasil sawah abangnya. Ralaa dikenali sebagai seorang tukang yang hebat menggunakan barangan seperti buluh dan rotan.

Pesta Kalimaran telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2003 dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom dan Kerajaan Persekutuan.

Pesta Kalimaran juga bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah Tenom dan melihat sendiri kebudayaan dan kepelbagaian kraftangan hasil tangan daripada suku kaum Murut. Selain itu, terdapat juga pelbagai masakan tradisi dan persembahan tarian tradisional suku kaum Murut.

 Tempat Pelaksanaan :  Pusat Kebudayaan Murut Tenom, Sabah.

 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah

Jalan Tasik Off KM4 Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu,

SABAH

Telefon:  088-205 070