TUAN HAJI OSMAN BIN LIMAT

Tuan Haji Osman bin Limat dilahirkan pada 9
Mei 1948 di Kampung Dusun Buah Duku, Kersang, Muar, Johor. Beliau mula
berhijrah dan menetap di Kuantan semenjak tahun 1966. Beliau amat aktif bersukan dan pernah
mewakili pasukan Lumba Basikal negeri Pahang sebagai pelumba dan jurulatih
negeri dan Malaysia dari tahun 1970
hingga tahun 1988. Beliau juga
aktif dalam bidang seni lukis semenjak tahun 1963 lagi. Mendapat pendidikan
Kursus Gaya Pos Model I dan II di Nanyang Academy of Fine Art, Singapura.
Banyak anugerah yang telah beliau terima sejak 1967 hingga 2019 di dalam dan
luar negeri.
Tuan Haji Osman terlibat menyertai banyak pameran berkumpulan bersama Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Melayu negeri Pahang (SENIKA) di peringkat negeri dan kebangsaan. Namanya memang dikenali dan merupakan lama yang masih gigih berkarya.
Antara sumbangan dan pencapaian beliau ialah:
1964 –Tempat pertama kategori 'Lukisan Pemandangan Alam' di Nanyang Academy of
Fine Art, Singapura.
1966 – Tempat kedua kategori 'Lukisan Potret' di Nanyang Academy of Fine Art, Singapura.
1970 – Tempat
pertama sempena Hari Belia Kebangsaan Peringkat negeri Pahang.
1994 – Mengadakan
pameran lukisan di Art Igiano in Fiera di Milan, Itali.
2000 – Pameran
berkumpulan di Istana Majmun, Medan, Sumatera, Indonesia.
2001 – Pameran
berkumpulan di Banda Acheh, Sumatera Utara.
2002 –Tempat pertama kategori 'Sungai Kuantan, Helang, Siput dan Bakau' di Kuantan.
2005 –Tempat
pertama dalam Pertandingan Lukisan 'Visi Melaka 2010'
2006 –Tempat pertama dalam 'Lukisan Pesta Air Kebangsaan'
–Tempat kedua dalam 'Lukisan Warisan Terengganu'.
2007 – Tempat
pertama dalam 'Lukisan Warisan Terengganu'
2010 – Saguhati
dalam lukisan 'Citra Terengganu'
2014 –Tempat
ke-3 dalam lukisan 'Main Congkak Tradisional Terengganu'
2019 – Tempat ke-3 Pertandingan Lukisan Kategori Terbuka di Menara 188, Kuantan.
Kini beliau masih bergiat aktif menghasilkan karya lukisan di Galeri Rajawali di
Taman Cenderawasih Kuantan, Pahang.