KUIH LOYANG

KUIH LOYANG

Kuih Loyang juga dikenali sebagai Kuih Ros, Kuih Bunga Durian, Kuih Cap dan Kuih Goyang. Makanan ini diperbuat daripada tepung beras, santan, gula pasir, telur, kapur makan, minyak masak, garam dan air secukupnya.

Masyarakat di daerah Padang Terap, Kedah menamakan sajian ini sebagai Kuih Goyang. Ini kerana selepas acuannya dicelup ke dalam adunan tepung cair, acuan tersebut dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan sehingga adunan tepung tanggal daripada acuan ke dalam minyak yang panas.

 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, Alor Setar,

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128