AFZAINIZAM BIN ISMAIL

Afzainizam bin Ismail mula terlibat dalam
bidang seni pada tahun 1968 dengan merakam dua album piring hitam (EP) di bawah
label MMI. Lagu popular beliau di Radio
Klasik iaitu 'Dulu Kasih Kini Saudara' merupakan
duet bersama Faridah Mansor. Beliau juga merupakan peserta akhir Bintang RTM
tahun 1975 dan sering dijemput dalam rancangan-rancangan hiburan RTM di radio
dan TV.
Pada tahun 1982, beliau mula aktif sebagai
penerbit album, pencipta lagu/lirik, penggubah lagu dan pemuzik rakaman. Antara
artis-artis yang pernah bekerjasama dengan beliau ialah Nas Atea (Masih Ada
Yang Sayang), Ali Noor & Mastura (Apo Kono Eh Jang), Khairool Idlan (Aku
Yang Kau Panggil Sayang), Ben Nathan (Ilusi Satu Penantian), Mr. Os (Deghian
Dah Bebunge), Linda Ismail (Solid Gold), Zambree (Tugu Cinta), kumpulan Dinamik
(Di Antara Gadis), Menara (Sayang), Evolusi (Mei Hua), Kejora, Kumpulan Vilosa,
Datuk Ahmad Jais, Dato' M. Daud Kilau, Zaleha Hamid, M. Sharif (Misteri
Azizah), album Roslan Madun (Menghilir Sungai Pahang), dua (2) album Man Kayan
serta banyak lagi.
Beliau telah menubuhkan Kumpulan Nasyid An Nur
di Mentakab pada tahun 2001 dan kumpulan tersebut telah
berjaya menjadi Johan Nasyid Negeri
Pahang anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selama tiga tahun
berturut-turut (2001, 2002 dan 2003).
Kumpulan ini pernah mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan.
Pada tahun 2001, kumpulan ini telah mendapat Anugerah Lirik Terbaik Kebangsaan dan pada tahun 2003 pula menerima Anugerah Persembahan Terbaik Kebangsaan.
2006 - menerbitkan album (nyatakan) oleh kumpulan Anok Semantan, yang mempelopori lagu-lagu loghat Pahang.
2015 - menerbitkan album (nyatakan) oleh
penyanyi Aqi Uda yang menggunakan loghat Pahang.
2018 & 2019- menerbitkan album (nyatakan)
oleh Chik Asan menggunakan loghat Pahang.
2018 - menerbitkan album Artis-Artis Legenda
Pahang.
Hingga kini, beliau masih aktif dengan
Persatuan Pencinta Loghat Daerah Negeri Pahang (PPLP) sebagai Pengerusi.