ABD RAZZAK BIN ABU BAKAR

ABD RAZZAK BIN ABU BAKAR

Abd Razzak bin Abu Bakar atau dikenali sebagai Pak Jak berumur 73 tahun (tahun 2021), masih lagi aktif berkarya dengan Kumpulan Muzik Asli Gemalasari Kuantan. Beliau merupakan pencipta melodi dan lirik Lagu Zapin Pekan yang masih digunakan sehingga ke hari ini dalam acara persembahan kesenian. Sekarang beliau masih mengikat kontrak bermain Muzik Asli bersama kumpulannya di Hotel Hyatt Kuantan, Teluk Chempedak bagi menghiburkan para pelancong yang menginap di situ.

 

Antara pencapaian beliau seperti:

1977 - Koreografer Tari di Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Pahang.

1982 - Mewakili Malaysia ke Summer Dance Festival di Itali, Perancis.

1983 - Mewakili Malaysia ke Summer Dance Festival di Sri Lanka.

2000 - Naib Juara Nyanyian Pertandingan Lagu Asli Peringkat Kebangsaan.

2001 - Juara Pertandingan Muzik Asli Peringkat negeri Pahang.

2002 - Juara Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli negeri Pahang.

2003 - Mewakili Malaysia mempromosi Lagu Melayu Asli ke Turki, Jordan dan Syria.

2005 - Mewakili Malaysia mengadakan persembahan Muzik Asli di Riyadh dan Jeddah.

ABD RAZZAK BIN ABU BAKAR
No. 15, Lorong Sungai Isap Perdana 30,                                                  
Perkampungan Sungai Isap, 
25150 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR.